Friday, December 7, 2012

Bomba Terengganu Mahu Anggota Dan Pegawai Amal Cara Hidup Sihat

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu (JBPNT) mahu semua pegawai dan anggotanya sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat.

Pengarahnya Md Salleh Sarbini berkata ini kerana seramai 102 daripada 686 anggota dan pegawai di negeri ini dikategorikan sebagai penghidap penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, masalah buah pinggang dan sebagainya.


"Untuk memberikan perkhidmatan yang hebat, cekap, pantas dan berkualiti kita memerlukan pegawai yang sihat dan berkeupayaan untuk melaksanakan tugas-tugas yang dipikul dan tanpa kesihatan yang baik agak mustahil untuk kita menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat sebagaimana yang diharapkan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.

Md Salleh berkata bagi menangani masalah ini daripada berleluasa JBPNT mengadakan program menjaga kesihatan serta sentiasa menjalankan ujian kecergasan kepada setiap anggota dan pegawainya.

Sementara itu Md Salleh berkata sebanyak RM31.18 juta tafsiran kerugian akibat kebakaran dan bencana alam dicatatkan sehingga bulan Okt lalu. Bagi tempoh yang sama juga sejumlah RM253.22 juta berjaya diselamatkan

No comments:

Post a Comment