
Beliau berkata cawangan itu akan dibuka di Pahang, Kelantan dan Terengganu tahun depan sementara terdapat rancangan untuk memasuki Sabah dan Sarawak pada 2015.
"Kami berhasrat untuk membuka 30 cawangan baharu tahun depan. Separuh daripada pembukaan itu adalah di tiga negeri tersebut.
"Kami hanya akan bergerak ke Sabah dan Sarawak pada 2015 memandangkan perancangan berhati-hati dan strategik diperlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan restoran ke-100 Domino's Pizza di Shah Alam.
Ba berkata permintaan yang rancak di kalangan remaja dan isi rumah untuk Domino's Pizza adalah pemangkin utama kepada cadangan pengembangan itu.
harap-harap dibuka di kuala terengganu,dungun,paka-kerteh,cukai dan jerteh.InsyaAllah. :)
ReplyDelete