Wednesday, December 5, 2012

Pelayar Perancis , Virgin Islands Ungguli Sesi Kelayakan Piala Monsun 2012

Kapal layar pasukan US One yang dikemudikan oleh Taylor Canfield (tengah) berjaya memenangi dua perlumbaan saingan Round Robin dalam kejohanan Piala Monson 2012 yang bermula Selasa, di Pulau Duyong.
Pierre Antoine Morvan dari pasukan Vannes Angglo Sailing Team dan Taylor Canfield (US One) melakar kejutan, mendahului sesi kelayakan Siri Jelajah Dunia Alpari (AWMRT) yang berlangsung di Pulau Duyong, di Kuala Terengganu, semalam.

Bagaimanapun, ketiadaan angin semasa perlumbaan menyaksikan hanya dua daripada empat 'flight' sempat dilangsungkan pada sesi kelayakan hari pertama itu.

Morvan dari Perancis dan Canfield dari Virgin Islands, Amerika Syarikat masing-masing mengumpul dua mata penalti untuk berkongsi kedudukan selaku pendahulu carta.

Pada saingan semalam, Morvan mengalahkan Berntsson dan pendahulu keseluruhan carta siri AWMRT, Bjorn Hansen (Mekonomen Sailing Team) manakala Canfield selaku pendatang baharu pula menewaskan wakil tunggal negara, Jeremy Koo (KFC Malaysia/KRT) dan David Gilmore (Team Gilmore).

Manakala bekas juara dunia empat kali, Datuk Peter Gilmour (YANMAR Racing), Johnie Berntsson (Berntsson Sailing Team), Adam Minoprio (Alpari Racing Team) serta pelayar slot 'wildcard' Asia, David Gilmore pula berkongsi satu mata.

No comments:

Post a Comment