Thursday, December 20, 2012

Guardini Jadi Penyeri, Antara Bintang LTdL 2013


Buat tahun ketiga berturut-turut, Andrea Guardini sekali lagi merupakan antara bintang yang akan memeriahkan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 , tetapi kali ini, dia datang bersama Pro Team Astana, bukan lagi dengan pasukan Pro Continental, Farnese Vini.

Guardini berkata, Le Tour de Langkawi merupakan perlumbaan yang amat dekat di hatinya.

"Saya sukakan kehangatan negara ini dan rakyatnya. Keseluruhan suasana perlumbaan ini memberi rangsangan hebat kepada saya. Apabila saya berbincang tentang kontrak baharu saya dengan Astana, tidak sukar untuk mencapai persetujuan kerana hakikatnya saya akan mengambil bahagian dalam Le Tour de Langkawi sekali lagi.

"Pihak pengurusan pasukan dengan terus terang menyatakan kepada saya bahawa perlumbaan ini sangat penting bagi Astana, kerana kami merupakan satu-satunya Pro Team dari Asia," kata Guardini dalam kenyataan yang dikeluarkan penganjur perlumbaan  semalam.


Penunggang berusia 23 tahun dari Itali ini merupakan penunggang pertama yang merangkul kemenangan dalam enam peringkat pada edisi tahun lepas dan penunggang yang paling banyak meraih kemenangan dalam sejarah LTdL iaitu 11 kemenangan.

Bagaimanapun, Guardini berkata, dia sedar cabaran lebih sengit yang terpaksa dihadapi pada LTdL 2013 berikutan penyertaan lebih banyak pasukan Pro Team.

Guardini dianggap i 'penyeri' pada kejohanan (LTdL) 2013.

"Ketika saya membincangkan kontrak baharu bersama Astana, tidak sukar untuk saya menyatakan persetujuan kerana saya berpeluang untuk mengambil bahagian pada LTdL sekali lagi. "Pengurusan pasukan memberitahu ia (LTdL) adalah perlumbaan yang begitu penting bagi Astana kerana kami merupakan satu-satunya pasukan Pro Tour dari Asia."

Dalam penampilan sulungnya pada edisi 2011, Guardini membuktikan status selaku pelumba yang cukup digeruni apabila meraih gelaran Raja Pecut.

Tahun ini, Guardini memecah dua rekod apabila menjadi pelumba pertama meraih enam kemenangan dalam satu edisi. Selain itu, Guardini muncul sebagai pelumba paling berjaya dalam sejarah jelajah LTdL apabila mengumpul keseluruhan 11 kemenangan peringkat perlumbaan.

Bagaimanapun, Guardini berkata, dia sedar cabaran lebih sengit yang terpaksa dihadapi pada LTdL 2013 berikutan penyertaan lebih banyak pasukan Pro Tour.

Antara pasukan itu ialah Team Europcar yang akan menurunkan bintang baharu mereka, Bryan Coquard - seorang lagi jaguh pecut dalam pembikinan berdasarkan kemampuannya memenangi pingat perak acara omnium pada Sukan Olimpik 2012 di London.

"Latar belakang berlumba di trek merupakan satu bonus besar dalam acara pecut," kata Guardini. Astana kini diuruskan oleh Alexandre Vinokourov yang memulakan kempen 2012 di Malaysia sebelum menoktahkan kariernya dengan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan Olimpik di London.

"Cukup menyeronokkan dan hebat untuk melihat Vinokourov kembali ke Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalal.

Selain Guardini, Astana juga dibarisi pelumba muda yang juga juara dunia Bawah 23 Tahun dari Kazakhstan, Alexey Lutsenko, Fabio Aru (Itali) dan tiga lagi pelumba Kazakstan iaitu Alexandr Dyachenko, Arman Kamyshev serta Ruslan Tleubayev.

"Ini adalah satu penghormatan bagi kita untuk mengalu-alukan kehadiran pelumba terbaik dalam pasukan Astana," tambah Emir.

No comments:

Post a Comment