Thursday, December 13, 2012

Hadi Awang Puji Kerajaan BN Beri Subsidi Diesel Kepada Nelayan

APMM patahkan usaha seludup disel di Johor.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberi subsidi diesel kepada golongan nelayan yang memberi banyak faedah kepada golongan itu.

"Subsidi diesel ini sangat bagus...memang bagus...kita puji kerajaan beri subsidi diesel ini kerana menyelesaikan banyak masalah...," kata anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Rhu Rendang itu dalam sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.

Namun beliau berharap pemberian subsidi itu dipantau bagi memastikan tidak berlaku ketirisan kerana beliau mendakwa "ada juga masalahnya antaranya dimonopoli oleh armada besar yang menggunakan pekerja asing sehingga menakutkan nelayan kecil pergi mengambil minyak".

Abdul Hadi juga memuji usaha membina kilang ais untuk kegunaan nelayan.

Dalam pada itu, beliau meminta kerajaan negeri supaya membuka peluang kepada pelabur membina kilang baja dan makanan ternakan supaya petani dan penternak mudah mendapatkan kemudahan tersebut pada harga lebih rendah.

No comments:

Post a Comment