Thursday, December 13, 2012

Kerajaan Terima 24,724 Permohonan Bagi Mendapatkan RAKR


Kerajaan Terengganu menerima 24,724 permohonan untuk mendapatkan rumah awam kos rendah (RAKR) bagi tempoh 2008 hingga bulan lepas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata daripada jumlah itu, 15,008 pemohon telah dipanggil temuduga.

 "Setelah selesai temu duga dan setelah dibuat siasatan lanjut, seramai 2,449 didapati memenuhi kriteria kelayakan mendiami rumah berkenaan sehingga November 2012 dan selebihnya masih dalam semakan dan siasatan," katanya pada persidangan dewan undangan negeri, di Kuala Terengganu, semalam.


Katanya statistik itu menunjukkan kerajaan negeri tiada masalah memenuhi permohonan rumah daripada rakyat kerana bagi tempoh empat tahun lepas, sebanyak 28 projek perumahan dilaksana dan setakat November lepas sebanyak 4,701 unit rumah RAKR telah siap dan sedia dihuni.

Beliau yang menjawab soalan Muhamad Ramli Nuh (BN-Tepoh), berkata bagi tempoh empat tahun dari 2008, sejumlah 8,846 unit RAKR diluluskan pembinaan dengan kos RM782.1 juta

No comments:

Post a Comment