Wednesday, December 12, 2012

Hanya Kerana RM20, Anak Mengamuk Musnahkan Barang Rumah

Mazadi dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam.
Seorang anak yang sanggup mengamuk dengan merosakkan harta benda di dalam rumah hanya kerana permintaannya mahu RM20 tidak diendahkan ibu bapanya, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu, semalam.

Mazadi Mohamed, 25, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Abdul Hayyi Salim selepas dia mengaku salah dengan sengaja mengamuk dan merosakkan harta benda di Flat Bukit Kecil Fasa 2, di Kuala Terengganu, kira-kira jam 9 pagi pada 29 Oktober lalu.

Mazadi didakwa di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau keduaduanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala Mazadi tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, ayah tertuduh, Mohamed Mustafa, 54, yang sedang menjual ikan di Pasar Bukit Besar, di Kuala Terengganu, dimaklumkan oleh isterinya, Zainun Sali Ham Seth, 52, tertuduh meminta duit tetapi tidak diberi.

Selepas permintaan tidak dipedulikan, Mazadi mengamuk dengan memusnahkan barangan di dalam rumah, antaranya televisyen, kerusi dan meja.

Pada hari sama, kira-kira jam 6.24 petang, Mohamed menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Mazadi yang meminta RM20 dan mengugutnya akan mengamuk lagi jika wang berkenaan tidak diberi.

Kira-kira jam 8 malam, tertuduh mencari ayahnya di Pasar Bukit Besar dan disebabkan bimbang berlaku kejadian tidak diingini, mangsa menyerahkan RM20

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment