Wednesday, December 12, 2012

RELA Daerah Dungun Lancar Tabung Kemanusiaan Bantu Rakyat Palestin

Penderitaan rakyat Palestin terus mendapat perhatian rakyat negara ini dengan pelancaran Tabung Kemanusiaan Gaza oleh Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) daerah Dungun kelmarinn.

Pegawai Rela Daerah Dungun Lt Kol (Rela) Wan Apandi Wan Ismail berkata Rela daerah Dungun menjadi skuad pertama di Terengganu yang melancarkan kutipan tabung Gaza setakat ini.

 Beliau berkata Rela Daerah Dungun mempunyai banyak program setiap hari dan tabung kutipan berkenaan akan sentiasa digerakkan dalam setiap program yang dianjurkan.

"Kutipan yang berjaya kami kumpul hari ini ialah sebanyak RM2,600 dan saya berharap lebih banyak dana akan dikumpul sebelum kutipan ini diserahkan kepada Pengarah Rela negeri Terengganu, tidak lama lagi," katanya.

Beliau menyatakannya selepas pelancaran tabung itu di Bukit Bauk oleh Ketua Perhubungan Umno Dungun Datuk Dr Rosli Mat Hassan.

Selain pelancaran tabung itu, seramai 250 belia berumur bawah 35 tahun dari daerah terbabit menyertai Program Gerak Saraf Rela Daerah Dungun selama dua hari bagi mendedahkan belia kepada peranan Rela dalam menjaga keselamatan negara.

No comments:

Post a Comment