Monday, December 10, 2012

HimpunanKasih Sayang Komuniti 1Malaysia Mulai 14 Disember

Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT) akan menganjurkan program himpunan kasih sayang komuniti 1Malaysia 'Janji Ditepati' selama dua hari di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal mulai 14 Disember ini.

Pengarah JPNT Azizah Awang berkata program berkonsep 'Rakyat Didahulukan, Penciptaan Diutamakan' ITU dijangka dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

"Program ini selaras dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata pelbagai aktiviti menarik akan disediakan bagi mengisi program itu seperti sukaneka, pertandingan memasak, gotong-royong membersih tanah perkuburan, forum perdana, persembahan kebudayaan dan jamuan rakyat

 Turut diadakan ialah pameran serta kaunter perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan, katanya.

Sempena program itu, JPNT dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal akan turut membaik pulih rumah penduduk yang kurang berkemampuan di kawasan sekitar, esok - Bernama

No comments:

Post a Comment