Sunday, December 2, 2012

Isu Nilai, Moral Harus Ditangani Semua Pihak - Canselor UniSZA

Isu nilai dan moral bukan setakat isu terpencil yang harus ditangani segolongan pihak sahaja malah menjadi isu sejagat yang harus ditangani semua lapisan masyarakat.

Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Sultanah Nur Zahirah bertitah kepentingan itu telah lama diberi perhatian oleh kerajaan lantaran ia bukan sahaja menyentuh isu masyarakat, tetapi merupakan salah satu ciri modal insan yang diperlukan dalam pembangunan negara
.
 "Ini terbukti dengan penetapan agenda itu sebagai salah satu daripada Rukun Negara Malaysia iaitu Kesopanan dan Kesusilaan," titah Sultanah Terengganu itu.

Baginda bertitah demikian pada istiadat Konvokesyen Keempat UniSZA di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terenganu di sini hari ini. Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut berangkat pada majlis itu.

Turut hadir Naib Canselor UniSZA Datuk Prof Dr Alias Daud.

No comments:

Post a Comment