Tuesday, December 25, 2012

JPJ Terengganu Tingkat Rondaan Pada Musim Tengkujuhkujuh

Jabatan Pengangktan Jalan (JPJ) Terengganu akan meningkatkan rondaan bagi memantau keselamatan jalan raya di musim tengkujh yang sudah pun bermula.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata selalunya pada musim tengkujuh, kadar kemalangan turut bertambah akibat permukaan jalan yang licin serta terdapat banyak lubang dan lopak yang digenangi air yang sukar dijangka oleh pemandu.

"Keadaan ini boleh mengakibatkan pelbagai risiko, sekaligus boleh mencatat kadar kemalangan lebih tinggi berbanding pada hari biasa," katanya pada majlis Santai Bersama JPJ di Pulau Duyong di Kuala Terengganu, kelmarin.

Abdul Rahman juga berkata pembekuan cuti kakitangan tidak akan dikuatkuasakan bagi menghadapi musim tengkujuh.

No comments:

Post a Comment