
Pengarah Fama negeri, Hasan Jusoh berkata selain itu pihaknya juga membeli buah durian yang sedang gugur di negeri ini dalam usaha menambah pendapatan para pekebun tempatan.
"Kita beli buah-buahan ini dari semasa ke semasa bagi memastikan buah-buahan itu tidak mengalami lambakan seperti empat tahun lepas yang menyaksikan sehingga buah tersebut hitam tidak dimakan," katanya di Kuala Terengganu semalam.
Hasan berkata Fama membeli buah-buahan tempatan, terutamanya buah duku untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang dan beberapa bandar utama di negara ini yang mempunyai permintaan lebih tinggi.
"Harga pasaran di Lembah Klang dan lain-lain tempat dilihat lebih baik berbanding harga jualan di Terengganu," katanya menambah harga duku di Terengganu kini antara RM1.50 hingga RM2 sekilogram..
No comments:
Post a Comment