Friday, December 7, 2012

Kerajaan Perlu Tegas Tangani Isu Berkaitan Penyelewengan Akidah

Kerajaan perlu bertindak lebih tegas dalam memantau aktiviti dan melakukan sekatan yang serius dalam beberapa isu berkaitan penyelewengan akidah yang semakin membimbangkan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) Fathul Bari Mat Jahya berkata kerajaan juga perlu memperluas program-program ilmiah yang berteraskan kajian terperinci untuk menjelaskan mengenai isu berkenaan kepada masyarakat dan orang awam yang sukar memahaminya dengan mendalam.

"Kita lihat hari ini secara khususnya perkembangan ajaran sesat datang dari pelbagai sudut dan dari pelbagai perspektif.


"Ada yang melakukan penyelewengan ini secara terang-terangan dan ada juga yang datang dengan ideologi baru dengan penampilan-penampilan baru terutama dari golongan plural dan liberal dengan wajah profesional yang cuba membentuk pemikiran atau doktrin baru kononnya semua agama itu adalah benar," katanya.

 Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Liberalisasi Di Era Globalisasi' dalam seminar anjuran Yayasan Islam Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment