Friday, December 7, 2012

Tasik Kenyir Tumpuan Pelancong Ketika Tengkujuh


Kehadiran pelancong ke Tasik Kenyir menunjukkan peningkatan ketara pada musim tengkujuh memandangkan pulau percutian lain di Terengganu ditutup kerana keadaan laut yang bergelora.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata setakat Ogos lepas, tasik buatan manusia itu mencatatkan kehadiran 269,863 pengunjung.

Dijangka sepanjang musim tengkujuh ini kehadiran pelancong akan meningkat 20 peratus berbanding bulan-bulan biasa, katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Bertemu Pelanggan dan Promosi Masakan Ikan Air Tawar Pertubuhan Peladang Kawasan Manir/Belara, semalam.

Menurutnya statistik itu berdasarkan jumlah pelancong yang bermalam bukan pengunjung harian.

Katanya bagi terus menarik pelancong ke Tasik Kenyir, kerajaan Terengganu giat melaksanakan pelbagai projek pembangunan tanpa menjejaskan keindahan fauna dan flora di situ.

No comments:

Post a Comment