Keakraban...Ahmad Said dan tiga ADUN PAS, termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua dari kanan) berbual mesra pada waktu rehat sidang DUN Terengganu Isnin lalu. - Gambar Harith Fadzilah. |
Kelulusan Belanjawan 2013 itu mendapat sokongan majoriti anggota dewan yang turut meluluskan peruntukan RM83.20 juta untuk Kumpulan Wang Perbekalan Air bagi membiayai pembangunan bekalan air di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, ketika sesi penggulungan, berkata walaupun sebelum ini kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan kerajaan pusat iaitu selepas sahaja kerajaan Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri itu pada 2004, namun kini ia telahpun berjaya dilunaskan.
Antara pemerhati yang hadir pada hari pertama sidang DUN Terengganu. |
Beliau berkata berbanding ketika zaman pemerintahan Pas, kerajaan negeri telah berhutang sebanyak RM271 juta dengan kerajaan pusat untuk mengurus sistem bekalan air bersih dan jumlah tersebut tidak pernah dibayar.
Ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada persidangan itu, Isnin lepas, Ahmad berkata, kerajaan negeri menganggarkan kutipan hasil meningkat 2.84 peratus kepada RM2.005 bilion pada 2013 berbanding RM1.950 bilion pada tahun ini.
"Daripada anggaran hasil itu, 89.90 peratus diunjur diperoleh daripada sumber kerajaan pusat khususnya Dana Khas Kerajaan Persekutuan dan pemberian tahunan, dan baki 10.10 peratus daripada sumber negeri sendiri, "katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Said mengingatkan pembangkang agar tidak terus menabur fitnah semata-mata untuk mencapai matlamat dan perjuangan politik mereka.
Katanya, kerajaan negeri memberi jaminan dengan adanya mandat baharu kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti lebih banyak lagi pembangunan akan dibuat untuk rakyat negeri itu.
No comments:
Post a Comment