Saturday, December 22, 2012

Kerosakan Bumbung Masjid Negeri Terengganu Dalam Perhatian Kerajaan Negeri


Kerosakan struktur bumbung yang menyebabkan kebocoran di Masjid Negeri Terengganu iaitu Masjid Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu kini dalam perhatian kerajaan negeri.

Pengerusi Lembaga Pengurusan masjid itu Wan Nawawi Wan Ismail berkata Anggota Jawatankuasa (AJK) telah menyerahkan laporan kerosakan itu kepada pihak kerajaan negeri dan berharap masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin.


"Kita harap masalah ini dapat diatasi pada tahun depan supaya jemaah yang datang ke sini dapat melakukan ibadah mereka dengan selesa," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program Penutup Jilul Quran kelmarin.

Wan Nawawi yang juga Pegawai Daerah Kuala Terengganu berkata masalah kebocoran bertambah teruk jika berlaku hujan lebat, terutama ketika musim tengkujuh sekarang.

No comments:

Post a Comment