Jabatan Perikanan melepaskan sebanyak 1,649,749 ekor anak penyu agar di pantai Terengganu di bawah program penetasan anak penyu dari tahun 2000 hingga 2011.

Katanya, mengikut rekod, kedua-dua tahun iaitu 2010 dan 2011 adalah tahun-tahun paling banyak pelepasan anak penyu dibuat, masing-masing mencatat 268,627 dan 281,016 ekor.
Yang lainnya ialah ialah 2000 (48,233), 2001 (116,086), 2002 (109,566), 2003 (68,732), 2004 (154,153), 2005 (70,631), 2006 (104,500), 2007 (136,459), 2008 (121,583) dan 2009 (170,163).
Jurucakap itu berkata selain itu sebanyak 13,518 ekor anak penyu karah juga telah dilepaskan dalam jangka masa tersebut dan penyu lipas 110 ekor serta 115 penyu belimbing.
Katanya, kali terakhir anak penyu belimbing dilepaskan ialah pada tahun 2000. Beliau berkata turut dilepaskan dalam masa sama ialah anak tuntung laut sebanyak 23,064 ekor.
Menurut jurucakap itu, terdapat banyak kawasan penetasan yang diwujudkan Jabatan Perikanan di Terengganu bermula dari Pulau Redang hingga ke Geliga, Kemaman.
No comments:
Post a Comment