Wednesday, December 19, 2012

LHDN Henti Operasi E-filing Untuk Taksiran 2011 Mulai 1 Januari

Sistem e-filing Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menghentikan operasi borang e-BE, e-B, e-M, e-P, e-E, e-C dan e-R bagi Tahun Taksiran 2011 mulai 1 Jan depan.

Menurut kenyataan LHDN hari ini, pembayar cukai yang belum mengemukakan borang nyata untuk tahun berkenaan boleh berbuat demikian secara manual dengan mendapatkan borang tersebut di semua cawangan LHDN seluruh negara.

Untuk pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi e-mel ke e_filing@hasil.gov.my atau menghubungi talian 1-800-88-5436.

No comments:

Post a Comment