Friday, December 28, 2012

LTdL 2013 - Penganjur Sedia Laluan Alternatif Elak Banjir

Laluan alternatif akan disediakan pihak penganjur perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) sekiranya berlaku banjir ketika perlumbaan tersebut diadakan.

 Edisi ke-18 yang akan berlangsung mulai 21 Februari hingga 2 Mac melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak sejauh 1,427.6 kilometer.

"Pihak kami kini sedang mengkaji beberapa laluan alternatif yang boleh digunakan untuk melancarkan perlumbaan.

"Perlumbaan ini mengikut garis panduan daripada pihak UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) di mana jika laluan masih boleh dilalui, perlumbaan diteruskan di laluan yang sama atau setidak-tidaknya menjadikannya perlumbaan ‘neutral’," kata Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL Emir Abdul Jalal ketika ditemui di Ibu pejabat LTdL semalam.

Menurut Emir, selepas banjir surut di beberapa negeri di Pantai Timur Semenanjung sekarang ini, pihak logistik LTdL akan memantau laluan sekali lagi bagi mempastikan ia selamat untuk digunakan.

No comments:

Post a Comment