Friday, December 28, 2012

TPM Diberikan Taklimat Mengenai Banjir


Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkatakan sesuatu ketika mendengar taklimat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu mengenai perkembangan banjir di Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kira-kira jam 1.30 petang ini diberi taklimat mengenai perkembangan terkini banjir di Terengganu.

Taklimat tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah, di Bilik Orang Kenamaan di lapangan terbang tersebut.



Terdahulu ketibaan Timbalan Perdana Menteri yang diiringi isteri, Puan Seri Norainee Abd Rahman, disambut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan

Selepas taklimat itu, Timbalan Perdana Menteri serta isteri dan rombongan menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk melawat kawasan banjir di daerah Kemaman.

No comments:

Post a Comment