Wednesday, December 12, 2012

Mana Boateng? T-Team Tunggu Untuk Bentuk Pasukan


T-Team masih belum dapat membentuk barisan utama pasukan berikutan pemain import kelahiran Ghana, George Boateng sehingga kini masih lagi berada di negaranya.

Pegawai eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh berkata pemain pertahanan itu sepatutnya berada di sini pada 2 Dis lepas, tetapi menangguhkan kedatangannya sehingga 16 Dis atas urusan keluarga.

"Sebab itulah kami tidak dapat merangka pasukan tanpa kehadiran Boateng," katanya semalam.


Boateng merupakan salah seorang daripada dua pemain import yang bakal menyarung jersi The Titans, selain Caleb Folan dari England yang masing-masing baru menandatangani kontrak selama setahun dalam saingan Liga Malaysia musim 2013.

Mengulas prestasi Folan, Abdul Rashid berkata kualiti persembahan pemain tersebut amat menyakinkan berdasarkan aksinya dalam beberapa perlawanan ujian pasukan itu.

No comments:

Post a Comment