Wednesday, December 12, 2012

"Mana Lebih Baik Untung RM100 Juta Atau RM4.5 Juta Setahun?" - Ahmad Said

 

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam mengemukakan pertanyaan pada sidang Dewan Undangan Negeri  (DUN),  “Mana yang lebih baik untung RM100 juta setahun dengan untung RM4.5 juta setahun?

Beliau mengemukakan pertanyaan itu merujuk kepada kes Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (Epic) sama ada wajar disenaraikan di bursa saham atau tidak.

Ahmad Said kemudian menjelaskan, soal keuntungan besar lebih penting dari soal sama ada disenaraikan atau tidak kerana keuntungan yang diperolehi boleh menjadi milik sepenuh syarikat milik kerajaan negeri.

Menurut beliau, syarikat milik kerajaan negeri Terengganu itu mencatat keuntungan besar setelah tidak lagi disenaraikan dalam pasaran Bursa Saham Securities.

Beliau menjelaskan dalam tempoh sepuluh tahun Epic disenaraikan di Bursa Saham keuntungan terkumpul hanyalah RM45 juta sahaja atau RM4.5 juta setahun.

“Akan tetapi sekarang keuntungan boleh mencapai RM100 juta setahun setelah tidak disenaraikan lagi di bursa saham,”katanya di persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu semalam bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri, Batu Buruk, Syed Azman  Syed Ahmad Nawawi semalam.

Adun Batu Buruk itu mempertikaikan kewajaran Epic tidak lagi disenaraikan di bursa saham kerana menurutnya ia menjadi percakapan banyak pihak.

Pada tahun lepas, Epic memperolehi keuntungan bersih RM69.6 juta dan sejak kerajaan negeri mengambil alih Epic Januari lalu, Epic beroperasi di kawasan perindustrian Teluk Kalong ditubuhkan pada 17 Jan, 1981 dan bertukar menjadi sebuah syarikat awam sembilan tahun kemudiannya.

Ia tersenarai dalam pasaran Bursa Saham Securities dengan perniagaan melibatkan industri minyak dan gas, perkhidmatan pelabuhan dan lain-lain perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment