Monday, December 31, 2012

Mayat Terapung Di Sungai Terengganu Disahkan Akibat Lemas


Polis mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Terengganu berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu semalam adalah akibat lemas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, hasil bedah siasat menunjukkan paru-paru mangsa, Baharudin Zainudin, 56, itu dimasuki air.

Katanya, pihak polis sudah menghubungi keluarga mangsa yang bekerja sebagai penebar roti canai di sebuah pasaraya di sini bagi menuntut mayat terbabit.

"Hasil maklumat, kita percaya mangsa mabuk dan telah terjatuh ke dalam Sungai terbabit," katanya dalam satu sidang media di Kuala Terengganu, semalam.

Mayat Baharudin yang lengkap berpakaian itu ditemui tanpa kesan kecederaan pada jam 12 tengah hari oleh orang awam.

Hasil pemeriksaan pada mangsa, polis menemui kad pengenalan, dompet dan telefon bimbit di dalam kocek seluar mangsa yang beralamat di Taman Ampang Mewah, Selangor itu.

Mangsa dipercayai mati kurang daripada tempoh 24 jam berdasarkan keadaan mayat itu.

No comments:

Post a Comment