Monday, December 31, 2012

Perkasa Terengganu Serah Memorandum Desak Hadi Tarik Balik Amanat


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu hari ini menyerahkan memorandum meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981.

Memorandum itu diserahkan kepada Pengarah Penerangan PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah pada kira-kira 11 pagi semalam di Pejabat PAS Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.

Ketua Wira Perkasa Terengganu Ahmad Suhaimi Rafii berkata memorandum itu antara lain mendesak Abdul Hadi memohon maaf dan menarik balik amanah itu yang didakwa telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

"Kami mendesak agar Datuk Seri menarik balik amanat yang telah dikeluarkan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas segala perkara yang terjadi akibat amanat tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu. Ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Terengganu menyerahkan memorandum di Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik amanat yang dikeluarkan pada 7 April 1981.

No comments:

Post a Comment