Wednesday, December 26, 2012

Muhyiddin Lawat Mangsa Banjir Di Terengganu Esok

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melawat mangsa banjir di Terengganu, esok (27 Disember 2012).

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, Muhyiddin akan melawat daerah Kemaman yang kini terjejas teruk akibat banjir selepas kawasan Besut dan Setiu yang kini kian pulih.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Kerteh, Muhyiddin dijadual akan terus dibawa menaiki helikopter melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Bukit Mentok di Kemaman.

Terdahulu Ahmad Said bersama isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud melawat beberapa kawasan sekitar Kemaman, antaranya pusat penempatan mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dan DUN Cukai.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Ahli Parlimen Kemaman serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu Zuhari Omar

Ahmad Shabery menyifatkan banjir yang melanda daerah ini kali ini antara yang terburuk selepas banjir besar melanda negara pada tahun 1971.

No comments:

Post a Comment