Saturday, December 15, 2012

Nasim Buka Pusat Peugeot Di Kuala Terengganu 2013


Nasim Sdn Bhd, pengedar jenama Peugeot di Malaysia, yakin mencatat jualan kereta yang lebih tinggi tahun depan berdasarkan permintaan yang semakin meningkat.

Syarikat itu menjual 6,000 unit kereta Peugeot sehingga November tahun ini. "Angka itu merupakan rekod baharu memandangkan tahun lepas ia menjual 5,400 unit," kata Ketua Pegawai Operasinya Datuk Samson Anand George.

Beliau bercakap pada pelancaran premis ketujuh Peugeot Blue Box di Kota Damansara di sini. Premis baharu 3S (jualan, servis dan alat ganti) itu dimiliki dan diurus oleh GE carriage Sdn Bhd. Pusat di Kota Damansara ini ialah premis ke-22 dalam negara dan ke-10 di Lembah Klang, yang menyumbang 53 peratus daripada jumlah jualan jenama itu di Malaysia.

Tahun depan, Samson berkata syarikat itu menyasarkan pusat di Kota Damansara, seluas 1,070.2 meter persegi itu, menampung 600 kereta setahun.

Beliau berkata Nasim dan peniaganya melabur RM30 juta tahun ini untuk mengukuhkan rangkaian Peugeot dalam negara.

"Pada 2013, kami akan meneruskan proses pembesaran rangkaian. Kami merancang membuka 12 pusat baharu, termasuk di Kuala Terengganu, Ampang, Taiping, Jalan Klang Lama (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, Alor Setar dan Batu Pahat," katanya.

No comments:

Post a Comment