Friday, December 7, 2012

Pasukan Mykids Terengganu Layak Ke Suku Akhir Kejohanan Bola Sepak 12 Tahun

Pasukan MyKids Terengganu berjaya mengiringi CIMB YFA untuk mara ke saingan suku akhir Kejohanan Juara antara Juara Bola Sepak bawah 12 tahun 2012 selepas muncul naib juara Kumpulan B.

Turut melangkah ke suku akhir kejohanan, MyKids Perlis (juara kumpulan A), Sabah (naib juara kumpulan A), Kedah (juara kumpulan C) dan Negeri Sembilan (naib juara kumpulan C).

MyKids Terengganu juga merupakan tuan rumah sekadar berpuas hati di tangga kedua kumpulan setelah tewas tipis 0-1 ke atas CIMB YFA pada perlawanan ketiga selepas mencatatkan kemenangan berganda ketika menumbangkan Mykids Kuala Lumpur (3-0) dan First Touch Pahang (4-0).

Namun pasukan yang dikendalikan Mat Noor Bidin itu bernasib baik apabila terlepas untuk bertemu juara bertahan musim lalu MyKids Perlis pada saingan suku akhir dan akan menentang juara Kumpulan C, MyKids Kedah pada 9.15 pagi ini di padang B, Kompleks Sukan, Gong Badak.

Aksi separuh akhir pula dijadual berlansung esok (Sabtu) di padang A Kompleks Sukan, Gong Badak manakala perlawanan akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Ahad ini, 3.30 petang.

No comments:

Post a Comment