Monday, December 24, 2012

Pemimpin BN Marang Lawat Mangsa Banjir Rhu Rendang, Bukit Payong

Hujan yang turun mencurah-curah tanpa henti di Marang sejak semalam menyebabkan 113 orang dari Kampung Seberang Marang, Rhu Muda, Gong Merawang dan Kelulut dari DUN Rhu Rendang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing.

Manakala 51 orang dari DUN Bukit Payong dipindahkan di Sekolah Menengah Sri Payong hari ini. Keadaan ini prihatin di kalangan pimpinan Barisan Nasional Marang untuk melawat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir seperti makanan dan kelengkapan lain.

Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar, melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing dan Sekolah Menengah Seri Payong untuk bertanya khabar mangsa banjir selain meninjau masalah untuk dibantu dari semasa ke semasa.

Bantuan daripada jabatan-jabatan kerajaan iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan, RELA, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang, Pejabat Daerah Marang, Majlis Daerah Marang, serta pemimpin-pemimpin JKKK setempat menghilangkan keresahan mangsa banjir.

Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang Haji Nik Dir Nik Wan Ku dan Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda meluangkan masa melawat kawasan masing-masing supaya bantuan dapat diberikan dengan cepat dan lancar.

Makan-minum mangsa banjir dimasak oleh tukang masak yang dilantik khas oleh jawatankuasa banjir peringkat daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Marang.  

Teganukita

No comments:

Post a Comment