Monday, December 31, 2012

Penduduk Kampung Durian Telur Terputus Hubungan Jambatan Runtuh


Lebih 200 penduduk di Kampung Durian Telur, Hulu Besut, terputus hubungan sejak seminggu lepas apabila satu-satunya jambatan di alur Sungai Besut yang menghubungkan kampung itu ke pekan Pasir Akar runtuh akibat hakisan tebing selepas banjir.

Berikutan jambatan sepanjang 25 meter itu runtuh, penduduk terpaksa meredah alur sungai itu jika perlu pergi ke Pasir Akar atau Jerteh.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Hulu Besut, Nawi Mohamad ketika dihubungi semalam berkata jambatan itu akan dibaiki secepat mungkin.

Katanya beliau akan mencadangkan kepada pihak yang berkenaan supaya jambatan konkrik dibina bagi menggantikan jambatan itu yang diperbuat daripada "pembetung simen".

Beliau berkata jambatan berkenaan amat penting kepada penduduk untuk membawa hasil pertanian ke pekan Pasir Akar.

No comments:

Post a Comment