Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak
dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan solat Jumaat dan solat
sunat hajat sempena Perhimpunan Agung Umno di Dewan Tun Razak 3, PWTC semalam.
|
Ia dimulakan dengan pembentangan usul agama dan pendidikan oleh Ustaz Mohd Afandi Yusoff mewakili Umno Kelantan.
Penggulungan usul ucapan dasar presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan dijangka diadakan di sebelah petang oleh ketiga-tiga ketua sayap iaitu Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan turut membuat penggulungan, diikuti Timbalan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Najib akan membuat ucapan penangguhan sebelum perhimpunan ditangguhkann kira-kira jam 3 petang.
Seramai 2,759 perwakilan hadir bagi mendengar amanat dan mempersiapkan jentera parti pada Perhimpunan Agung Umno yang terakhir sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13.
No comments:
Post a Comment