Tuesday, December 11, 2012

Petratos Ancaman Kepada Pasukan Liga Malaysia 2013


Terenggau jangan syok sendiri kerana menemui rantak permainan yang diharapkan kelmarin kerana penampilan sulung bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos untuk Kelantan memukau penyokong The Red Warriors (TRW) malam kelmarin.

TRW membenam Perlis 5-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin dan mainan menarik Petratos akan membawa cabaran menarik untuk musuh tradisi Terengganu itu.

Kelincahannya melegakan penyokong TRW yang kehilangan dua penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo kerana berpindah ke Johor dan Mohamed Ghaddar yang enggan memperbaharui kontrak. Malah, lebih 20,000 penyokong yang menyaksikan perlawanan itu menganggap kehebatan Petratos di bahagian serangan mampu mengatasi kemampuan ‘Pemain Paling Bernilai’ itu.


Malam sebelum itu Terengganu membelasah Perlis 4-0 dan pengendali skuad penyu berpuas hati dengan persembahan pemain impot yang bakal mewakili pasukan itu pada kempen Liga Malaysia 2013.

E.Elavarasan berkata melalui gaya persembahan pemain import itu, beliau optimis skuad penyu boleh pergi jauh tahun depan berbanding tahun ini.

"Saya rasa pemain import skuad penyu musim depan lebih mantap dan lebih berbisa," katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan menentang Perlis di Kuala Terengganu, malam kelmarin dengan keputusan Terengganu menang 4-0.

Skuad penyu telah mengikat dua pemain import yang berasal dari Cameroon bagi menghadapi Liga Malaysia 2013 iaitu Effa Owana dan Vincent Bikana.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KELATE.NET), Mahizi Mahmood, berkata kehadiran Petratos memberi nafas baru kepada penyokong TRW apabila pemain berusia 20 tahun itu mempamer aksi memukau sekali gus memberi gambaran pemain berkenaan mampu mengatasi Mat Yo dan Ghaddar.

“Tidak pernah penyokong membanjiri stadium pada perlawanan persahabatan, namun kali ini ramai yang hadir untuk melihat kehebatan pemain baru.

“Biarpun dia (Petratos) pemain muda, namun kehebatannya mula mendapat kepercayaan penyokong malah dia lebih baik daripada penyerang import yang diambil sebelum ini apabila berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 Sumber Berita Harian

No comments:

Post a Comment