Imbas kembali, Perdana Menteri Melakukan Majlis Pecah Tanah di Taman Biopolimer, Kerteh Oktober lalu. |
Beliau, yang membentang Belanjawan Negeri 2013, berkata pembangunan loji pengeluaran bio-metionina berkapasiti 80,000 tan setahun dan loji pengeluaran tiokimia berkapasiti 50,000 tan setahun di Taman Biopolimer Kerteh dalam Zon Ekonomi Istimewa, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, bukti terbesar kejayaan itu.
Katanya projek usaha sama terbesar di rantau ini antara syarikat berpangkalan di Korea Selatan, CJ Cheil Jedang Corporation dengan syarikat berpangkalan di Perancis, Arkema SA telah dimeterai tahun lalu dan pada 6 Oktober lalu.
Majlis pecah tanah telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
"Loji ini dijangka beroperasi pada awal 2014 dan menyediakan 500 peluang pekerjaan."
Menurutnya, pembangunan itu akan meningkatkan perwujudan kluster industri bioteknologi di rantau ini, sejajar dengan Malaysia yang bergerak kepada fasa pengkomersilan di bawah Dasar Bioteknologi Negara.
No comments:
Post a Comment