Wednesday, December 12, 2012

Polis Cari Dua Lelaki Kes Penipuan, Pecah Amanah

Polis Kuala Terengganu mencari dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penipuan dan pecah amanah yang dikehendaki tampil ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 16 Disember ini bersabit satu notis rayuan jenayah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali dua lelaki terbabit diminta menghubungi ASP Shahriman Shaari di talian 09-6354820 atau balai polis berhampiran.

Suspek pertama yang dicari ialah Ashrul Abdullah, 36, yang disyaki terlibat dalam kes penipuan dengan menyamar menggunakan identiti VVIP untuk menawarkan kelulusan permohonan lesen magnum yang tidak wujud.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, ASP Shahriman Shaari berkata, lelaki berasal dari Kelantan itu disyaki melakukan jenayah tersebut ke atas seorang wanita berusia 35 tahun pada akhir Disember 2008 di bandar raya ini membabitkan kerugian RM307,000 terhadap mangsa.

Beliau berkata, seorang lagi lelaki yang dicari ialah Ali Abdullah, 52, bekas jurujual sebuah syarikat kereta yang beralamat terakhir di 47F Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Lelaki itu dikehendaki kerana disyaki melakukan pecah amanah dengan menggunakan wang pendahuluan pembelian sebuah kereta Proton Persona sebanyak RM5,700 yang diserah seorang pembeli kepadanya pada Disember 2008, katanya

No comments:

Post a Comment