Monday, December 24, 2012
Sandiwara PAS Bermotif Politik Bukan Bela Umat Islam
Setelah 40 tahun menjadi penyokong tegar Pas, akhirnya Encik Jusoh Idris, 68, dari Kampung Kuala Besut ambil keputusan tinggalkan parti itu kerana sudah hilang keyakinan terhadap perjuangannya.
“Saya sudah sedar sandiwara Pas yang berjuang hanya bermotifkan politik dan bukannya untuk membela umat islam seperti yang disyarahkan,” katanya ketika ditemui di majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia dan Pelancaran Gelombang Kebangkitan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, di padang bola Kampung Pulau Bahagia kelmarin.
Pada majlis itu Jusoh mengetuai 210 orang menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin disaksikan Menteri Besar merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Haji Ahmad Said.
Katanya, beberapa perkara yang dicetuskan oleh Pakatan Rakyat (PR) seperti perhimpunan jalanan di Kuala Lumpur serta doa-doa menghancurkan sesama saudara Islam menampakkan ini suatu yang tidak menguntungkan rakyat di negara ini.
“Saya yakin ramai telah tinggalkan parti itu terutama orang-orang muda yang bimbang masa depan mereka tidak terbela jika menyokong parti Pas,” katanya.
Kenyataan Encik Jusoh turut disokong rakannya Encik Ahmad Ibrahim, 57 yang turut kecewa kerana pemimpin Pas tidak pernah ambil tahu masalah penduduk di kawasan mereka.
“Saya pernah suarakan pemasalahan yang dihadapi penduduk tempatan kepada pemimpin Pas tapi bukannya meraka nak bantu selesaikan sebaliknya saya pula kena kutuk,” katanya
Katanya, beliau rasa bertanggung jawab terhadap masyarakat kampung dan ingin membantu, tetapi pemimpin Pas tidak menganggapkan ia suatu yang perlu diberi perhatian yang penting bagi mereka ceramah sana sini.
“Saya juga hilang hormat bila ada pemimpin Pas sanggup berdoa semata-mata untuk hancurkan saudara sendiri, Islam menganjurkan umatnya sentiasa mendoakan kesejahteraan orang lain,” katanya.
Teganukita
No comments:
Post a Comment