Orang ramai masih berpeluang untuk mendaftar sebagai pemilih selagi Dewan Rakyat belum dibubarkan.
Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Dato’ Haji Noordin Che Ngah berkata, SPR masih menggalakkan orang ramai untuk mendaftar sebagai pemilih dan masih berpeluang mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
“Mereka yang sudah mendaftar juga digalakkan untuk membuat semakan bagi memastikan nama serta lokaliti tempat mengundi betul atau sebaliknya,” katanya dalam sidang media pada program Taklimat dan Simulasi Pengundian kepada Pemimpin Parti-parti Politik Negeri Terengganu di Primula Beach Resort.
Hadir sama Pengarah SPR Terengganu Haji Fakhrul Razi Abdul Wahab.
Katanya, penyemakkan boleh dilakukan pelbagai cara sama ada melalui khidmat pesanan ringkas, laman web SPR atau pejabat SPR negeri-negeri .
“Dengan membuat semakan awal tidak berlaku kelam kabut bila tiba hari mengundi nanti kerana jika ada kesilapan pada status pengundi masih ada masa untuk buat pembetulan dengan datang ke pejabat SPR untuk buat aduan,” katanya.
Sehubungan itu, SPR juga masih belum menentukan senarai nama yang boleh dipakai dalam PRU -13 kerana dewan parlimen belum dibubarkan
Katanya, andainya berlaku pembubaran Parlimen bulan Januari mungkin SPR akan menggunapakai senarai nama pemilih bagi suku tahun ketiga kerana senarai nama suku tahun keempat mungkin tidak sempat disahkan.
“SPR akan menentukan senarai daftar pemilih pada PRU- 13 bergantung kepada bila Dewan Rakyat dibubarkan, anda bertanya hari ini tentu tiada jawapan yang boleh saya beri,” katanya dalam ketawa.
Teganukita
No comments:
Post a Comment