![]() |
Aksi Caleb Folan ketika mewakili Hull CIty... |

"Bagi musim baru ini, rata-rata pemain tempatan kita berumur bawah 25 tahun kecuali ketua pasukan, Mohd Marzuki Yusof yang akan masuk usia 32 tahun depan.
"Kita membuat pemilihan pemain yang tepat kerana matlamat kita ialah untuk mencapai sekurang-kurangnya sasaran satu piala dapat dibawa pulang tahun depan," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra pemain dengan peminat semalam.
Turut hadir jurulatih Peter James Butler yang juga bertindak selaku pengurus pasukan. Terdahulu T-Team mengikat kontrak selama setahun dua pemain import iaitu Antwi George Boateng dari Ghana) dan Caleb Colman Folan dari Ireland.
Menurut Rashid, untuk persiapan tahun depan, T-Team terpaksa menggunakan khidmat ramai pemain luar dari Terengganu berikutan ramai pemainnya telah berhijrah ke pasukan negeri lain.
Bagi mendapatkan rentak permainan yang serasi sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia yang dijangka bulan depan, beliau berkata pihaknya telah mengatur beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan lain.
"Esok, kita akan menguji komitmen serta keupayaan pertama pemain-pemain ini di Kuala Lumpur. Kita harap mereka mampu menggalas cabaran sebaiknya tanpa sebarang masalah," katanya.
Senarai Pemain T-Team 2013:
PENJAGA GOL: Suhardy Alby, Mohd Iqbal Suhimi.
PERTAHANAN: Mohd Shazlan Alias, Md Hassan Basri Ahmad Ridzuan, Aizulrizwan Mustafa, Mohd Nuraliff Zainal Abidin, G. Mahathevan, Mohd Marzuki Yusof, Mazlizam Mohamad, Mohd Syuhiran Zainal, Humaidi Azmi.
TENGAH: Ismal Halil, Saiful Mohamad, Mohamad Hasbullah Awang, Antwi George Boateng, Mohd Badrul Hisyam Morris, Azrul Hazran Amiluddin Baki, Shafuan Adli Shaari, Pritam Singh Charun Singh, Muhamad Naim Zakaria, Muhammad Hafizan Talib, Ahmad Takhiyuddin Roslan.
PENYERANG: Mohd Muinuddin Mokhtar, Abdul Latiff Suhaimi, Caleb Colman Folan, Yusri Abas.
No comments:
Post a Comment