Wednesday, December 12, 2012

Terengganu Bantu Pelajar Cicir Dapatkan Kemahiran


Kerajaan Negeri Terengganu bersama Kementerian Sumber Manusia telah mewujudkan pelbagai program kemahiran bagi membantu pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik untuk mereka terlibat dalam bidang kemahiran tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, program yang telah diwujudkan itu antaranya seperti Program Titian Bestari dengan menyediakan 3,000 tempat untuk pelajar Tingkatan Lima melajutkan pengajian mereka dalam bidang kemahiran tinggi.

"Kita wujudkan program latihan kemahiran dan dengan adanya kolej dan pusat latihan kemahiran itu, pelajar yang kurang cemerlang dalam akedemik juga mempunyai masa depan yang cerah," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuala Terengganuynu, semalam.


Pelajar dilatih kemahiran di Tesdec, antara institusi membantu pelajar kurang cemerlang dalam peperiksaan

Ahmad Razif berkata demikian ketika menjawab soalan Ramlan Ali (BN-Jabi) yang ingin tahu jumlah murid yang tercicir di negeri ini berikutan pada setiap ceramah parti Pas, ia mendakwa keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri itu sebanyak 8.63 peratus.

Katanya, jumlah pelajar yang tercicir di negeri ini hanya 62 pelajar daripada 126,027 pelajar sekolah rendah yang tercicir iaitu 0.049 peratus manakala seramai 257 pelajar tingkatan satu hingga enam pula bagi sekolah menengah yang kebanyakannya murid Orang Asli.

Beliau berkata, kebanyakan murid yang tercicir kerana masalah kehadiran ke sekolah dan Jabatan Pelajaran Terengganu bersama kerajaan negeri dan beberapa pihak lain sentiasa memantau murid berkenaan agar sebarang tindakan perlu diambil bagi membantu mereka meneruskan pengajian.

"Pelajar yang tercicir dan kurang cemerlang dalam akademik, kita akan bantu mereka kerana Yayasan Terengganu banyak menyediakan pusat-pusat kemahiran agar mereka dapat melanjutkan dalam bidang kemahiran," katanya.

Ahmad Razif berkata, mengenai pencapaian pelajar luar bandar pula, keputusan peperiksaaan Ujian Pencapian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini menunjukkan Terengganu telah mencipta sejarah apabila dapat merapatkan jurang antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar.

"Siapa sangka Sekolah Kebangsaan Tapu terletak di Hulu Terengganu daripada 20 pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR, 16 daripada mereka telah memperolehi 5A.

"Ini sudah berlaku kecemerlangan dan kegemilangan kepada pelajar luar bandar di Terengganu," katanya. 

No comments:

Post a Comment