Wednesday, December 12, 2012
Terengganu Berhasrat Pasanf AES Dalam Tempoh Terdekat
Kerajaan negeri berhasrat memasang kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik(AES) di lokasi tertentu di Terengganu dalam tempoh terdekat kerana yakin dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad, berkata pemasangan AES bukan saja dapat membantu mengurangkan kadar dan kerugian akibat kemalangan malah mampu mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada.
Katanya, berdasarkan rekod sehingga November lalu, sebanyak 9,498 jumlah kemalangan dilaporkan di Terengganu dan daripada jumlah itu 273 kes membabitkan kemalangan maut.
“Masyarakat perlu memahami perlaksanaan ini dengan jelas agar tidak berterusan melihat pemasangan AES dari sudut negatif sebaliknya ia adalah untuk kebaikan bersama khususnya pengguna jalan raya.
“Mereka yang tetap menolak pemasangan sistem ini dianggap tidak bertamadun kerana jelas apa yang dilaksanakan untuk kebaikan pengguna jalan raya itu sendiri dan bukannya kepentingan politik,” katanya ketika menjawab soalan Haji Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepoh).
No comments:
Post a Comment