Sunday, January 13, 2013

120 Mangsa Banjir DUN Hulu Besut Terima Sumbangan

Nawi Mohamad (kanan) melihat keadaan kaki Ismail Daud yang menerima kerusi roda sempena Program Prihatin Mangsa Banjir di Kampung Tanjung Alir, Besut, semalam.
Kesulitan 120 mangsa banjir di empat kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut mendapat perhatian pemimpin kerajaan dan menerima sumbangan sempena Program Prihatin Mangsa Banjir semalam.

Program yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad itu turut disertai lapan buah kereta Perodua Viva daripada Kelab Viva dan 20 ahli Gabungan Mahasiswa Besut (GMB).

Turut menyertai rombongan itu ialah ahli jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dalam DUN Hulu Besut, 30 pemuda bermotosikal, anggota Sukarelawan Bencana Alam UMNO Bahagian Besut serta kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Besut .

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment