Tuesday, January 29, 2013

300 Pelancong Vietnam Bakal Lawat Pulau Bidong

Kira-kira 300 pelancong yang berasal dari Vietnam akan melawat Pulau Bidong yang pernah dijadikan kawasan penempatan pelarian Vietnam, apabila ia dibuka semula kepada pelawat Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata mereka adalah sebahagian daripada rakyat Vietnam yang bermastautin di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat dan Australia.

Tujuan mereka datang ialah untuk melihat beberapa peninggalan sejak pelarian Vietnam ditempatkan di pulau itu pada 1978 dan kemnya ditutup pada 1991, katanya

 "Mereka berhajat untuk datang semula untuk mengingati nenek-moyang mereka yang bersemadi di situ," katanya.

Abdul Rahin berkata, kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membersih dan mengekalkan keindahan alam semulajadi Pulau Bidong yang akan dijadikan antara tarikan sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.

No comments:

Post a Comment