Wednesday, January 2, 2013

60,000 Anggota BSKN Bersedia Hadapi Gelombang Kedua

Seramai 60,000 anggota Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) bersedia untuk digembleng membantu mangsa gelombang kedua banjir di kawasan-kawasan terjejas pada musim tengkujuh ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, sukarelawan itu adalah daripada kalangan 160,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang pernah mengikuti latihan di 81 kem PLKN di seluruh negara.

"Mereka ini diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir bagi pusingan kedua pada bila-bila masa,” katanya selepas mengetuai program gotong royong membersih kesan akibat banjir di Sekolah Kebangsaan Sri Rantau 1, Rantau Panjang, semalam.

Sekolah rendah itu adalah antara berpuluh buah sekolah yang teruk dilanda banjir di negeri ini sejak 25 Disember lalu. Abdul Hadi juga meminta semua bekas pelatih PLKN menyertai BSKN bagi menyuburkan semangat kesukarelawan membantu masyarakat.

No comments:

Post a Comment