Guru ETA yang pernah bertugas di Terengganu. |
Program ETA, yang ditadbir bersama oleh Suruhanjaya Malaysia-Amerika mengenai Pertukaran Pelajaran (Macee) dan Kementerian Pelajaran Malaysia itu, telah diperluas ke Perak.
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataan semalam berkata jumlah pembantu guru itu juga meningkat kepada 75 orang berbanding 50 orang sebelum ini.
"Mereka akan ditempatkan di sekolah rendah dan menengah di semua daerah empat negeri terpilih itu dan setiap mereka akan mempunyai hubungan secara langsung dan berterusan dengan murid dan pelajar sekolah mereka.
"Sebagai tambahan, AS juga menyediakan bantuan teknikal melalui lawatan oleh pakar bahasa Inggeris dari negara itu yang akan membantu melatih guru dan memberi nasihat mengenai kurikulum. Mereka akan membawa bersama bahan mengajar terkini, yang disediakan secara percuma oleh Jabatan Negara AS," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Duta AS ke Malaysia Datuk Paul W. Jones yang berbesar hari menyambut kedatangan belia Amerika berbakat itu, berkata mereka akan membantu mengajar bahasa Inggeris di Malaysia
"Program yang berkembang dengan jayanya ini adalah hasil komitmen bersama Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperluaskan program pertukaran rakyat-ke-rakyat dan memperkukuh hubungan dalam pendidikan kedua-dua negara.
"Perluasan usahasama pengajaran bahasa Inggeris kami tahun ini bertepatan dengan ulang tahun ke-50 pertukaran pendidikan Fulbright di Malaysia, yang membawa rakyat Malaysia dan Amerika bersama-sama merentasi perbezaan budaya dan bahasa," katanya.
Program ETA bertujuan memperkaya dan meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah dengan menyediakan penutur asli bahasa itu yang boleh mengukuhkan pendidikan bahasa Inggeris serta persefahaman bersama.
ETA akan menyumbang dengan menganjurkan kelab dan aktivtiti kurikulum tambahan yang akan dijalankan dalam bahasa Inggeris serta mendapatkan pemahaman mendalam mengenai budaya Malaysia dengan tinggal dan bekerja di bandar-bandar di Terengganu, Johor, Pahang dan Perak.
Objektif ETA adalah untuk memenuhi hasrat program Fulbright, meningkatkan persefahaman bersama antara rakyat Amerika Syarikat dan warga negara lain di dunia bagi menjalin keamanan sejagat.
No comments:
Post a Comment