Tuesday, January 15, 2013

AirAsia Sedia Satu Juta Tempat Duduk Untuk Jualan


Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan satu juta tempat duduk promosi untuk jualan antara 15 dan 20 Januari ini, dengan penumpang hanya perlu membayar caj lapangan terbang dan bahan api.

Tempat duduk promosi ini akan ditawarkan serendah RM26 sehala ke destinasi domestik dan RM52 sehala untuk destinasi antarabangsa.

Dalam kenyataan, AirAsia berkata satu juta tempat duduk promosi itu akan ditawarkan untuk tempahan menerusi laman webnya, www.airasia.com membabitkan tempoh perjalanan bermula dari 20 Ogos tahun ini hingga 9 Februari, 2014.

Destinasi domestik termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bahru, dan Terengganu, manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Jakarta, Medan, Ho Chi Minh City dan Hat Yai.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar, berkata mereka yang merancang perjalanan atau percutian akhir tahun ini dan awal 2014, boleh mengambil kesempatan itu untuk menampah perjalanan masing-masing.

AirAsia X, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh yang juga sekutu AirAsia, menawarkan tambang promosi sempena kempen itu menerusi tambang menyeluruh serendah RM249 ke China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai), RM229 ke Taiwan (Taipei) dan Jepun (Osaka, Tokyo).

No comments:

Post a Comment