Wednesday, January 2, 2013

Anjur Parti Liar - Kelab Eksklusif Di Kuala Terengganu Kena Serbu

Penguat kuasa memeriksa kesan minuman keras di dewan sebuah kelab eksklusif di negeri ini semalam. 
Sebuah kelab eksklusif diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) kerana menganjurkan parti liar sempena sambutan tahun baru awal pagi semalam.

Pihak penganjur turut menyediakan minuman keras untuk para pengunjungnya.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata empat remaja perempuan Melayu berumur lingkungan 20-an turut ditahan kerana berpakaian tidak sopan di tempat awam.

Beliau berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai penganjuran parti itu melalui laman Facebook.

"Melalui risikan kami, pihak penganjur mengenakan caj RM50 seorang bagi menyertai parti berkenaan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu semalam.

Serbuan dilakukan oleh 80 anggota dan pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan polis.

No comments:

Post a Comment