Tuesday, January 8, 2013

Azraie Dijangka Jadi Pilihan Utama Jaga Gawang Terengganu

 

Pendatang baharu Sang Penyu, Wan Muhd Azraie Wan Teh dijangka menjadi pilihan utama untuk menjaga gawang Terengganu dalam pertemuan pertama menentang Felda United hari ini.

Jurulatih pasukan E. Elavarasan berkata bekas penjaga gol Pahang itu menunjukkan prestasi lebih menyerlah berbanding dua lagi calon iaitu Sharmiza Yusof dan Syed Adney Syed Hussin.

"Keputusan masih belum dibuat. Namun, peluang untuk mereka (Sharmiza dan Syed Adney) merebut kesebelasan utama masih terbuka dan mereka perlulah bijak menggunakan peluang yang ada.

"Sukar untuk saya nyatakan namun setakat ini saya lihat peluang terarah kepada Azraie untuk beraksi menentang Felda lebih cerah," katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu, semalam.

Menurutnya sekalipun Wan Muhd Azraie kurang mendapat peluang turun padangpada beberapa siri persahabatan lepas, anak kelahiran Kuala Ibai itu berjayamembuktikan kebolehan ketika sesi latihan.

Mengulas mengenai prestasi Syed Adney yang dilihat agak kurang memuaskan,beliau berkata pihaknya kini dalam usaha mengembalikan keyakinan dan kecergasanbekas penjaga gol Sabah itu yang banyak melakukan kesilapan mudah padaperlawanan persahabatan menentang T-Team tempoh hari.

"Kita akan bagi masa kepada pemain ini, kita tidak mahu terlalu awalmenghukum dengan kesalahan lalu. Jadi kita harap dia dapat menyesuaikan diri danmengembalikan keyakinan untuk terus beraksi.

"Selain itu, kita juga tidak mahu terlalu awal 'pakai' dia selepas itu terusbiarkan prestasi dia hancur. Relaks... masih banyak perlawanan selepas ini dansaya harap dia pun dapat beraksi pada perlawanan yang seterusnya," katanya.

Sementara itu, Wan Muhd Azraie ketika ditemui tidak sabar untuk diuji padasaingan pertama Selasa ini bagi membuktikan keupayaan dan kepercayaanjurulatihnya dalam mengendalikan gawang gol Terengganu.

"Walaupun saya tidak diberikan peluang untuk beraksi pada perlawanan persahabatan tempoh hari, namun itu tidak mematahkan semangat saya melakukan yang terbaik untuk pasukan," katanya.

No comments:

Post a Comment