Kerajaan Terengganu yakin sasaran empat juta pelawat mengunjungi negeri itu sepanjang Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 dapat dicapai berdasarkan ketibaan pelancong di destinasi menarik tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata Abdul Rahin berkata jumlah pelawat ke Tasik Kenyir misalnya, meningkat kepada 379,908 orang setakat November tahun lepas berbanding 275,241 bagi tempoh sama pada 2011.
Taman Tamadun Islam pula telah menerima 4.436 juta pengunjung sejak dilancar pada 2008, manakala Taman Monumen mencatatkan kehadiran 830,570 pelawat dan 150,454 pula menggunakan perkhidmatan 'River Cruise' setakat ini, katanya pada sidang media, di Marang, semalam.
Beliau sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun. Sementara itu, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC Che Razali Adis yang turut hadir, berkata menerusi perjanjian tersebut, TESDEC menawarkan kursus jangka pendek 'Tourism Planner' dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan negeri menarik pelancong ke Terengganu.
Untuk tujuan itu, 20 lulusan UiTM akan mengikuti kursus sembilan tersebut yang meliputi empat bulan pembelajaran teori dan lima bulan praktikal di majlis daerah serta agensi pelancongan negeri. Che Razali berkata pelatih yang berkelulusan dalam pelbagai bidang itu akan diberi elaun sara hidup RM500 sebulan sepanjang tempoh kursus, selain sijil daripada UiTM.
"Kita harap kursus itu dapat menambah nilai graduan terbabit selain dapat membantu meningkatkan pembangunan negeri Terengganu dan seterusnya meningkatkan tahap ekonomi rakyat negeri itu," katanya.
No comments:
Post a Comment