Friday, January 18, 2013

Bahagian Memasak Buah Sawit Kilang Felcra Meletup - 4 Maut

Mayat Pramod Kumar Ray dan Azmi sebelum dibawa ke Hospital Hulu Terengganu
Empat pekerja kilang memproses kelapa sawit di Felcra Bukit Kapah, di sini maut manakala tiga lagi cedera apabila bahagian memasak buah sawit di kilang tersebut tiba-tiba meletup kira-kira jam 7.45 malam kelmarin.

Mangsa yang terbunuh adalah penyelia kilang terbabit Azmi Abdullah, 47, Mohd Razlan Mokhtar, 25 dan dua pekerja warganegara Nepal iaitu Pramod Kumar Ray, 40, dan Sanjib Kumar Pasman, 26.

Bahagian bumbung turut rosak akibat letupan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, Azmi dan Pramod Kumar meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah manakala Sanjib Kumar dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Mohd Razlan yang kritikal apabila 90 peratus anggota badannya terbakar dan melecur pula disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi tadi (semalam) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya, semalam.

Katanya, tiga pekerja cedera ringan iaitu seorang warga negara Nepal dan dua Bangladesh dibenarkan keluar hospital tengah hari semalam. Beliau berkata, ketika kejadian, semua mangsa sedang melakukan kerja dan letupan berpunca daripada mesin pengukus buah kelapa sawit.

“Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, PBK I Mohd Zazuli Badru yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.54 malam dan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan 11 anggota.

Mohd Zazuli berkata, operasi mencari dan menyelamat bermula jam 8.14 malam dan berakhir jam 10.30 malam itu berjalan lancar dengan kerjasama baik daripada pelbagai pihak termasuk polis serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Mangsa pertama berjaya ditemui ialah penyelia kilang iaitu Azmi jam 8.30 malam yang sebahagian badannya tertimbus tandan kelapa sawit. Manakala, mangsa kedua iaitu Pramod Kumar pada jam 9.19 malam yang keseluruhannya tertimbus.

“Pemerhatian awal mendapati kesan letupan hanya berada di situ sahaja (lokasi mesin) dan tidak merebak ke tempat lain. Namun, ia menyebabkan bumbung bangunan turut pecah serta tandan sawit bertaburan,” katany

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment