Wednesday, January 2, 2013

Banjir Di Terengganu Semakin Pulih, Masih Ada 41 Mangsa

Kelihatan Posmen, Mas Izan Mustafa, 32, (kanan) menyerahkan surat yang dialamatkan kepada Jusoh Mohd, 85, yang terpaksa menggunakan perahu selepas rumahnya dinaiki air banjir di Kampung Matang di Terengganu semalam (1 Jan 2013).
(Kemaskini Jam 12.00 Tghmalam) Berikutan cuaca baik hari ini, keadaan banjir dalam gelombang kedua di Kelantan dan Terengganu hampir pulih sepenuhnya apabila hanya tinggal 59 mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan berbanding 182 mangsa pagi ini.

Di TERENGGANU, seramai 41 mangsa banjir berada di dua pusat pemindahan iaitu 20 orang berada di Dewan Orang Ramai Batu 24, di Hulu Terengganu dan 21 orang di Setiu, berada di Surau Kampung Nyatoh.

Menurut portal itu sehingga kini, banjir di Terengganu meragut enam nyawa.

Gelombang pertama melanda negeri di Pantai Timur Semenanjung selama seminggu mulai 23 Dis lalu, manakala gelombang kedua melanda pada 31 Disember.



Menurut portal Banjir Majlis Keselamatan Negara di KELANTAN, keadaan banjir di jajahan Pasir Puteh hanya 18 orang daripada lima keluarga, yang masih ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh.

Jumlah mangsa banjir sehingga pukul 7 malam semalam menurun kepada 106 orang, berbanding 1,009 orang sehingga pukul 4.30 petang semalam.

Petang semalam, keadaan banjir di Terengganu pulih dengan hanya lima pusat pemindahan masih beroperasi berbanding 25 petang semalam.

Menurut portal banjir negeri, dua daerah yang masih terjejas adalah Hulu Terengganu dan Besut dengan masing-masing mempunyai 63 dan 43 mangsa banjir dari 23 keluarga.

Sebanyak tiga pusat pemindahan banjir dibuka di Hulu Terengganu manakala dua lagi di Besut.

Korban mangsa banjir kekal enam orang di Terengganu sehingga ini.

Di KELANTAN, kesemua 17 mangsa banjir di jajahan Kota Baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong di sini, sudah mula pulang ke rumah masing-masing malam semalam, berikutan banjir pulih.

Bagaimanapun, menurut portal banjir negeri itu, jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Puteh bertambah sembilan orang kepada 44 malam semalam.

Seramai 26 orang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil dan 18 orang lagi di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh.

Air di beberapa batang sungai utama dilaporkan masih di paras berjaga-jaga.

No comments:

Post a Comment