"Kadar faedah tiga peratus berasaskan baki pinjaman dengan tempoh bayaran balik 30 tahun." |
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pinjaman itu terbuka kepada anak negeri yang mempunyai tanah sendiri atau milik keluarga yang telah diberi kebenaran.
Peminjam akan dikenakan kadar faedah tiga peratus berasaskan baki pinjaman dengan tempoh bayaran balik 30 tahun, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco, di Kuala Terengganu, kelmarin.
"Mereka yang ingin mendapatkan pinjaman untuk membina rumah, bolehlah mendapatkan pelan setara yang disedia dan dikeluarkan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan bayaran sebanyak RM50," katanya.
Menurutnya borang itu diedar menerusi pejabat Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri.
Dana itu diluluskan kerajaan negeri tahun lepas dengan modal pusingan RM50 juta
No comments:
Post a Comment