Sunday, January 27, 2013

Dewan Rakyat Tidak Bersidang Tanda PRU13 Sudah Dekat

Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) begitu hampir apabila Dewan Rakyat dikhabarkan tidak bersidang seperti kebiasaannya ekoran ketiadaan surat untuk bersidang yang ditunggu-tunggu kebanyakan ahli-ahli parlimen.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, secara formal ahli-ahli Dewan Rakyat dipanggil melalui surat. “Namun, sama ada perlu atau tidak surat itu tertakluk pada peraturan mesyuarat.

Tetapi di dalam Perlembagaan tidak sebut soal ini, sama ada melalui surat atau cara lain itu bergantung pada amalan Perdana Menteri.

“Bagaimanapun, ketiadaan surat yang dikeluarkan oleh Speaker Dewan Rakyat untuk ahli dewan setakat ini, menunjukkan yang PRU13 sangat hampir,” katanya semalam.

Tambah beliau, panggilan untuk dewan bersidang dibuat oleh Speaker, dan perkara itu perlu dilakukan sebelum tarikh akhir hayat Parlimen iaitu 28 April 2012.

 Menurut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, seperti yang tertakluk di dalam perenggan (1), Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan, sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap Penggal, tarikh-tarikh Majlis akan bermesyuarat dalam Penggal itu:

Tetapi disyaratkan iaitu Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Pada masa Majlis dalam tangguhan jika Perdana Menteri memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua iaitu bagi faedah orang ramai mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada tarikh yang telah ditetapkan, maka Tuan Yang di-Pertua hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan pemberitahu menyatakan berapa hari bulan hendak diadakan mesyuarat itu dan Majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan itu.

Kelmarin, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu, pihaknya tidak menerima apa-apa surat untuk adakan sidang Dewan Rakyat seperti kebiasaan.

“Perkara ini semua orang tahu, itu hak Perdana Menteri bagi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk bubar Dewan Rakyat.

“Pada ketika ini kita sedang menunggu. Bagi saya kalau perdana menteri memanggil supaya dewan bersidang, seharusnya sekarang ini saya sudah menerima surat. Saya cuma bersedia kalau ada permintaan daripada perdana menteri,” katanya.

No comments:

Post a Comment